16/07/2014

Panduan Melatih Anak Berpuasa Cara Islam

Bagaimana mengajar anak Berpuasa dalam Islam. Ayla dah mula puasa, kawan-kawan bila lagi? Info Panduan Melatih Anak Berpuasa Cara Islam di Bulan Ramadhan. Pada umur berapakah kawan-kawan semua mula berpuasa penuh?  Pastinya istilah 'Puasa Separuh Hari' dan 'Puasa Yok-yok' amat popular bagi kanak-kanak yang baru belajar berpuasa. Kepada Ibu dan bapa, Latihan berpuasa yang baik bagi anak adalah dari ibu-bapa itu sendiri. In Sya Allah

Panduan Melatih Anak Berpuasa Cara Islam

Ayat Quran Mewajibkan Puasa

Ayat Quran Mewajibkan Puasa Surah al-Baqarah Ayat 183, tuntutan berpuasa ke atas orang Islam, akil dan baligh. Sekiranya Anak Kecil itu sudah akil dan baligh maka diwajibkan Berpuasa di Bulan Ramadhan. Serta orang-orang yang dibenarkan meninggalkan puasa seperti bermusafir, sakit juga hal-hal lain yang berkaitan seperti haid dan nifas.

Apabila lihat hadith juga tidak ada yang mengaitkan Puasa Kanak-kanak secara langsung. Kalau mengajar solat, hadithnya memang jelas. Sabda Rasulullah Saw

Ajarlah anak-anakmu solat ketika umur mereka tujuh tahun dan rotan mereka (sekiranya enggan solat) pada umur 10 tahun

Perbincangan ulama tentang hadith di atas tersebut begitu panjang dan dalam. Sehingga melampaui Hukum Bunuh yang perlu dijalankan oleh pihak berkuasa bukannya individu seperti ibu atau bapa bagi seorang Islam yang Tidak Menunaikan Solat setelah diberi peluang bertaubat. Amat jelas, Solat satu perkara amat serius dan jangan sesekali menganggap solat ini perkara remeh-temeh.

Qias Mengajar Anak Berpuasa

Melatih Anak Kecil Berpuasa, dalam Ilmu Usul Fiqh ada satu cara untuk membandingkan sesuatu yang tiada hukumnya dengan sesuatu yang telah jelas hukumnya. Ia dinamakan Kaedah Qias. Kaedah ini mungkin sesuai digunakan dalam tuntutan mengajar anak berpuasa sejak awal. Seawal usia tujuh tahun dan juga merotan anak sekiranya enggan puasa pada umur sepuluh tahun. Kenapa diqias dengan ajaran solat adalah kerana darjat Tuntutan Solat 5 Waktu dan Puasa di Bulan Ramadhan berada pada tingkat fardhu yang sama.

Oleh itu, eloklah mengajar anak-anak berpuasa bermula umur tujuh tahun dengan cara ansur maju dalam amalan puasa. Tidak sempurna tidak mengapa. Paling kurang, anak-anak kecil tahu akan Tuntutan Agama yang sepatutnya dalam berpuasa. wallahu alam.

Panduan Melatih Anak Berpuasa Cara Islam
Ayla dan Nenek Umi

Ketika melatih anak-anak berpuasa, pastikan dari awal lagi ajaran berpuasa bagi kanak-kanak bukan sekadar atau terhenti setakat meninggalkan makan dan minum sahaja, malah perlu melampaui kepada perkara-perkara lain yang membatalkan puasa. Termasuklah juga mengajar adab berpuasa dan cara memperolehi puasa berkualiti dengan meninggalkan segala larangan-larangan Allah secara keseluruhannya. Seperti larangan membuka aurat, larangan berbohong dan sebagainya.

Solat 5 Waktu dan Puasa di Bulan Ramadhan

Paling penting mengajar mereka untuk solat. Kerana mengajar anak-anak berpuasa itu diambil daripada hadith mengajar anak-anak solat. Sudah tentu solat perlu lebih diutamakan kerana ia adalah asal. Jangan pula sekadar mengajar anak berpuasa tetapi abaikan ajaran solat mereka. Kerana Solat itulah Asas Ibadah dan Tiang Agama. Anak-anak yang rajin dan istiqamah solat, senang untuk berpuasa secara berkualiti. Extra: Download Lagu Raya Mp3 Audio Aidilfitri.

Semoga Entri Ajar Anak Puasa Cara Islam dapat dijadikan Panduan Ibu Bapa Melatih Anak Berpuasa di Bulan Ramadhan ini. In Sya Allah, seluruh muslimin dan muslimat semua berjaya di dalam mendidik anak-anak berpuasa dan menjadi insan yang soleh dan solehah. Sentiasalah Beramal dan berpegang teguh dengan ajaran Islam sebagai cara hidup mereka. Ilmu, iman, taqwa itulah nilai di sisi Allah. Barakah Ramadan The doors to Everything Good. Salam Ramadahan Al Mubarak dari Ayla Arissa dan Keluarga.

21/06/2014

Panduan Membeli Cermin Mata Kanak-Kanak

Panduan Membeli Cermin Mata Kanak-Kanak

Masih Kecil tapi sudah Rabun dan Bercermin Mata. Oh! Ayla Berkaca Mata bagai ni untuk gambar cover entri Panduan Membeli Cermin Mata Kanak-Kanak ni aje. Tak rabun okey. Makan carrot mengalahkan arnab, agak-agak la nak kata rabun pun (cakap besau) Hahaha. Tapi, kenapa ramai kanak-kanak memakai cermin mata zaman sekarang. Mesti mereka Rabun, Ops! hipotesis itu tidak berapa tepat yer. Becermin mata tak semestinya rabun aje. Ini la namanya Gaya Mutu Keunggulan. Hebat sungguh Pengaruh K-Pop dan Cermin Mata. Bukan aje anak-anak yang dicermin matakan, anak kucing pun menjadi mangsanya ke'K-Pop'annya.

10 Panduan untuk Ibu Bapa Membeli dan Memilih Cermin Mata untuk Kanak-Kanak agar sesuai dan menjadikan kanak-kanak lebih berketerampilan

Membeli Cermin Mata Kanak-Kanak sekarang ini sangat mudah. Hampir setiap optemetris ada menjual cermin mata untuk kanak-kanak. Cuma Kebanyakan ibu bapa sukar untuk memilih Cermin Mata yang sesuai untuk kanak-kanak, tahan lasak dan tidak mudah rosak disebabkan perangai budak yang aktif ya amat sangat. Kalau dibelinya yang keras berbesi tak dipakainya pulak sebab takde style. Nanti tak pasal digelakkan kawan kat sekolah. Seiring Program Permata DS Rosmah Mansor, setiap anak permata negara. Ayla seakan terpanggil untuk mempermatakan lagi setiap anak-anak di Malaysia yang ada masalah rabun mata. Berikut ialah 10 Panduan untuk Ibu Bapa Membeli dan Memilih Cermin Mata untuk Kanak-Kanak agar sesuai dan menjadikan kanak-kanak lebih berketerampilan.

Pilih Bingkai Yang Kecil

Pilihlah saiz bingkai sekecil yang boleh yang sepadan dengan muka anak anda. Ini akan mengurangkan ketebalan kanta setelah cermin mata siap. Bagi kanak-kanak yang perlu preskripsi (degree) yang tinggi, masalah yang timbul adalah kanta yang tebal. Jika Bingkai yang dikenakan besar maka ketebalan kanta akan bertambah. Ini menyebabkan gangguan penglihatan pada bahagian tepi medan penglihatan (distortion) serta menambahkan ketidakselesaan akibat kanta yang berat.

Biar Anak Membuat Pilihan

Biarlah anak kita sendiri yang pilih bingkai yang mereka berkenan. Ini akan meningkatkan kemungkinan mereka akan pakai cermin mata itu selalu dan takkan rasa malu untuk berdepan dengan orang lain ketika memakai cermin mata. Tapi kalau nampak tidak semegah mana tetapi mahal sangat. Jangan la diikutkan sangat, nanti tak pasal-pasal lari bajet nak beli Tudung Fareeda.

Plastic vs Metal

Plastik lebih ringan, sukar dilentur dan tahan lasak membuatkan Bingkai plastik menjadi pilihan untuk kanak. Walaupun mcm tu. trend terbaru Bingkai metal mempunyai ciri-ciri sperti plastik dengan mencampurkan pelbagai alloy. Bingkai metal juga mempunyi kelebihan itu diadjust apabila bengkok (tidak seperti Bingkai plastic yang akan terus patah kerana tidak mudah lentur). Jika ibu bapa bercadang untuk mengambil Bingkai metal, pastikan anak-anak tidak alergic pada metal tertentu.


Pilih Bingkai Yang Terletak Betul Pada Hidung

Menjadi masalah untuk pilih Bingkai plastic kerana tiada 'nosepad' untuk menyokong bingkai kepada hidung kanak-kanak yang belum developed lagi tulang hidung mcm org dewasa. Biasenye cermin mata akan tergelongsor bila anak-anak kite memakainya, Tambah-tambah lagi dengan lens yang tebal dan berat. Dalam kes ini, Bingkai metal menjadi penyelesaian kerana terdapat 'nosepad' yang boleh diubahsuai mengikut ketinggian hidung anak-anak kita. Walaupun begitu. Jika ketahan ingin diambil kira, pilih Bingkai plastic yang mempunyai gap yang paling minimum dengan batang hidung anak kite

Pilih Bingkai Yang Betul-Betul Mencangkuk Telinga

Untuk kanak-kanak yang lasak, adalah perlu cermin mata terletak kukuh di mata mereka. Bingkai yang mengcangkuk terus dibelakang telinga memberikan keselasaan pada anak-anak untuk melakukan aktiviti yang sedikit lasak. Walaupun begitu, bagi kanak-kanak yang hanya perlu memakai cermin mata kadang-kadang, bingkai cermin mata yang lurus di hujung telinga sudah memadai. 

10 Panduan untuk Ibu Bapa Membeli dan Memilih Cermin Mata untuk Kanak-Kanak agar sesuai dan menjadikan kanak-kanak lebih berketerampilan

Memilih Bingkai yang Ada Spring

Spring penting untuk jadikan Bingkai yang dipakai lebih lasak. Pasal budak-budak ni lasak. Bukak pakai cermin mata memang tak proper. Kalau ada spring memang dapat jimat kos untuk mengganti cermin mata anak-anak.

Jangan Pilih Lens Yang Rapuh

Bila korang dan anak-anak dah masing-masing berstuju dengan pilihan Bingkai, Kanta pulak perlu diberi pertimbangan. Kanta perlulah yang punyai daya tahan impak yang tinggi. Lens terbaik  adalah lens 'polycarbonate'. Lens ini ringan, tidak mudah pecah, ada UV protection. Kalau terduduk ke ape ke takdenya pecah. Tapi bercalar tetap bercalar.

Kenalpasti Jenis Warranty

Dapatkan Bingkai dan kanta yang ada warranty. Maklumlah, kanak-kanak ni biasanye bukan dapat tahan lama cermin mata mereka. Kadang 3 bulan dah bengkok, patah dan sebagainya. Ibu bapa juga perlu mendapatkan perakuan warranty lens dari kedai jika lens yang ditempah adalah diclaim sebagai scratch-proof atau anti pecah. Ini penting untuk mengelakkan ditipu. kadang-kadang kedai-kedai claim yang lens yang mereka bagi ade macam-macam, tahan tu la, tahan ni la, tapi masa minta claim, mereka tak bagi apa-apa replacement pun.

Pertimbangkan Tentang 'Spare'

Kanak-kanak dengan prescription yang tinggi perlu lah disediakan cermin mata 'spare'. Kanak-kanak dengan degree yang tinggi pasti akan terganggu aktiviti seharian jika tanpa cermin mata. Adalah perlu juga di buat 'spare' untuk mewujudkan pasangan yang berlainan untuk aktiviti yang berlainan. Contohnya cermin mata yang lebih lasak untuk bermain dan satu lagi pasang yang agak 'cool' dan 'skema' untuk dibawak ke sekolah.

Dapatkan Satu Salinan Preskripsi Anak Anda

Minta doktor salinan preskripsi degree untuk anak korang, Ini adalah penting juga untuk korang monitor tahap kerabunan anak anda. Dapatkan maklumat lanjut tentang jenis rabun yang anak korang alami. Serta kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku ke atas mata anak anda jika tidak memakai cermin mata.Ibu bapa dapatlah gunakan modal ini untuk educate anak untuk pakai cermin mata yang dipilih itu.

Panduan Membeli Cermin Mata Kanak-Kanak

Masalah Rabun pada kanak-kanak

Rabun pada kanak-kanak perlu mendapat perhatian dari ibu bapa dan tiada kompromi. Penglihatan mata yang kurang jelas pastinya menganggu proses pembelajaran kanak-kanak di sekolah. Kementerian pelajaran juga amat menitik beratkan masalah mata di seluruh sekolah di Malaysia. Semoga Panduan Membeli Cermin Mata Kanak-Kanak ini bermanfaat kepada para ibu bapa diluar sana. Please remember this, setiap kanak-kanak PERMATA negara.

04/05/2014

Baby Doll Nana dalam Kenangan

Nana dalam Kenangan. Oh, Nanaku sudah rosak! Badannya terputus dua! Erm, mungkin istilah rosak tidak sesuai digunakan. Nana Anak Patung yang pertama dimiliki Ayla Arissa. Pada 4 May 2014 Nana yang paling disayangi Ayla Arissa tidak dapat diselamatkan lagi. Tragedi yang agak mengejutkan kerana Nana tidak menunjukkan sebarang tanda dan kelakuan pelik sebelum hari kejadian. Apa yang terjadi tetap terjadi.

Baby Doll Nana dalam Kenangan
Nana in Memory

Sungguh, setiap apa yang kita miliki di dunia ini sama ada harta, pangkat, keluarga dan nikmat hidup yang lainnya, merupakan hak milik mutlak Allah Taala. Manusia cuma sebagai pemegang amanah dan bila Allah mengkehendaki, semua nikmat tadi pasti akan di ambil semula dari kita. Lantas untuk apa bersedih? Untuk apa kecewa? Sedangkan manusia tidak punya hak sedikit pun atas segalanya.

Nana My Baby Doll dalam Kenangan
Nana My Baby Doll dalam Kenangan

Adanya Nana sentiasa menemani dan yang paling disayangi Ayla Arissa. Entri penuh kesedihan ini tidak dipengaruhi oleh emosi sedih kerana berpegang pada prinsip penulisan profesional. Ah! banyak pula air mata yang mengalir, mata masuk habuk aje ni.

Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya talah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.
— Al-Hadid, Ayat 22-23.

Yang Paling disayangi Ayla Arissa

Nana My Baby Doll dalam Kenangan. Walaupun (COD) Cause of Death Terputus dua agak misteri, namun punca sebenar Kenapa Badan Nana Terputus dua perlu dirahsiakan demi menjaga sensitiviti penjaganya.

01/04/2014

Aktiviti dan Tema Hari Jadi Kanak-Kanak di Malaysia

Idea Tema menarik Sambutan Hari Lahir dan Aktiviti menyeronokkan di Majlis Hari Jadi untuk Kanak-Kanak. Selamat Hari Jadi ke 3 Tahun untuk Ayla Arissa Semoga Di Panjangkan Umur dan Di Murahkan Rezeki InsyaAllah. 4 Tema Hari Jadi Kanak-kanak Paling Popular di Malaysia. Doa Hari Lahir Untuk Sahabat.

Aktiviti dan Tema Hari Jadi Kanak-Kanak di Malaysia

Sambutan Hari Jadi Ayla Arissa ke 3 Tahun

Kesederhanaan! Versi belated birthday di rumah Nenek. Tiada Jemputan kawan-kawan, cuma kaum keluarga dan saudara mara datang meraikan. Agar lebih Dramatik dan ada sentuhan emosi,  nyanyian Lagu  Allah Selamatkan Kamu beramai-ramai Sempena Majlis Hari Jadi Ke-3 Tahun Ayla oleh Baba, Ibu, Atuk, Nenek dan Acik.

Aktiviti dan Tema Hari Jadi Kanak-Kanak di Malaysia


Birthday Girl pula tiba-tiba menangis. Mungkin saja terharu dengan Kek Birthday yang dipagari KitKat dan dilitupi Gula-gula M&N. Manakala Ayoh Long pula menyanyi santai dengan suara microsonic yang tak mampu didengari manusia biasa, hanya Baby Hamiya saja kelihatan terpesona. Wah! Tentunya Lagi hebat kalau Ayah Chu ada sekali, dapatlah Ayla dengar Birthday Song versi Russia.

Russian Birthday Song


Sesi Hembus atau Tiup Lilin ketika Sambutan Hari Lahir tidak lagi diamalkan. Safety First - Api ketika kecil menjadi kawan dan ketika besar menjadi Lawan. Aksi meniup lilin hanya berlaku ketika bekalan elektrik terputus sahaja.

Tema dan Aktiviti menarik sempena Hari Lahir

Seiring peningkatan usia, semakin bertingkek-tingkek perkara dan peristiwa yang sudah Ayla lalui. Demi menjadi lebih baik, mungkin tahun hadapan Sempena Hari Jadi ke 4 Tahun akan disambut dengan cara yang Full Islamic. Mungkin Buat Majlis doa selamat sempena Hari Jadi. Erm! Tapi ada ke Sambutan Birthday dalam Islam. Kang beria-ria niat baik berdoa selamat, kot jadi Bida'ah pulak. Kemuskilan Agama ni tak boleh main rasa-rasa. Nak call Ustaz Azhar Idrus, credit habis pulak. Semua itu dugaan. Untuk sementara, try usha di internet. Mana la tau Malaysia dah keluarkan Fatwa Hukum Sambutan Hari Lahir, tapi aku yang terlepas pandang.

Sambutan Hari Lahir sebagai Bid'ah yang Harus

Adapun dalam Islam, hukum sambutan hari lahir ini hanya mulai dibincangkan oleh sebahagian ulama-ulama mutaakhirin kerana sambutan ini sememangnya tidak dilakukan pada zaman Rasulullah SAW dahulu. Prof. Dr. Ahmad Syurbasyi dalam kitabnya "Yas-aluunaka fiddin" menyatakan Maulid atau Sambutan Hari Lahir dibawa masuk oleh Kerajaan Fatimiyah di Mesir pada abad ke 4 Hijrah dan kemudian di Iraq (mosul) oleh Syaikh Umar bin Muhammad bin Malla.Buku maulid yang pertama dikarang oleh Hafiz bin Dahiya dengan maudu' "At-Tanweer fi Mawlidil Basyirin Nadzir".  

Maulid atau Hari Lahir ini kemudian disambut oleh Sultan dan Pemerintah dan akhirnya umat Islam semakin menjadi-jadi sambutan hari lahir mereka. Beliau juga dalam buku berkenaan menghukumkan Sambutan Hari Lahir sebagai Bid'ah yang Harus. Iaitu Bid'ah kerana tidak disambut semasa zaman Rasulullah dan harus kerana tiada nas atau hadith yang melarang sambutan berkenaan. Sumber: Hukum Sambutan Hari Lahir.

Aktiviti dan Tema Hari Jadi Kanak-Kanak di Malaysia

Rancang Majlis Hari Jadi yang Meriah

Merancang Majlis Hari Jadi untuk anak-anak mungkin lebih rumit berbanding orang dewasa. Aktiviti, idea dan bahan-bahan Birthday Party Kanak-kanak agak terhad di Malaysia. Tiada Idea dan Buntu! Trimas KIDS PARTY ZONE - KPZ Empat Bintang dari Princess Ayla Arissa. Perkongsian Ilmiah, pengalaman dan juga idea-idea sebegini harus diperbanyakkan supaya dapat dijadikan rujukkan dalam meringankan beban melakukan perancangan dan persiapan sesuatu Majlis Hari Lahir, terutamanya ibu bapa yang sibuk bekerja.

4 Tema Hari Jadi Kanak-kanak Paling Popular di Malaysia

Idea dan Tema Sambutan Hari Jadi Kanak-Kanak Paling popular di Malaysia. Perancangan, Aktiviti dan Idea Sambutan Hari Lahir boleh dibuat Sendiri (DIY) Do It Yourself. Ia seperti sentuhan pribadi yang lebih bermakna. Oh! Lagi Pujangga Jingga.

Hari Jadi Bertema Upin dan Ipin

Tema Birthday Paling Popular di Malaysia. Hampir seluruh kanak-kanak di Malaysia gemarkan kartun Upin & Ipin. Namun masalah utama tema ini ialah menyesuaikan Watak Upin & Ipin dengan Hari Jadi kanak-kanak perempuan.

Aktiviti dan Tema Hari Jadi Kanak-Kanak di Malaysia

Salah satu cara untuk menonjolkan anak-anak anda adalah dengan meletakkan nama disetiap poster  Upin & Ipin. Tema biru serta kuning masih boleh dikekalkan. Sekiranya anda membuat kek harijadi bolehlah dibuat edible sticker dimana gambar kanak-kanak disertakan bersama-sama gambar Upin & Ipin.

Hari Jadi Bertema Hello Kitty

Hari Lahir Gurly bertemakan Hello Kitty. Karakter kartun popular merupakan kucing comel yang terkenal dengan riben merah atau merah jambunya. Tema Birthday bolehlah menggunakan riben tersebut sebagai tema hiasan utama. 

Aktiviti dan Tema Hari Jadi Kanak-Kanak di Malaysia

Riben-riben ini bolehlah dibuat dalam pelbagai saiz dan dihias di dinding, digantung dan diletakkan di straw untuk minuman. 

Hari Jadi Bertema Ladybird atau Polkadots

Tema polka-dots merupakan tema yang sangat comel terutamanya untuk kanak-kanak yang masih kecil. Polka dots boleh dikaitkan dengan Kumbang Ladybird dimana warna merah hitam boleh menjadi warna tema majlis atau warna-warna pastel yang lain.

Aktiviti dan Tema Hari Jadi Kanak-Kanak di Malaysia

Untuk memeriahkan lagi suasana dimajlis, sampaikan kepada tetamu bahawa tema adalah polka dots dan sekiranya mereka boleh hadir memakai pakaian bercorak polka dots yang juga senang didapati. Baju birthday girl sebolehnya bertema polka dots hitam dengan background merah.

Hari Jadi Bertema Barbie In Paris

Hiasan tediri daripada laluan karpet merah, pentas kecil untuk mengambil gambar, poster gergasi baju, kasut, menara eiffel dan juga pinata berbentuk anjing putih.

Aktiviti dan Tema Hari Jadi Kanak-Kanak di Malaysia


Doa Hari Lahir Untuk Sahabat


Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillahirabbil 'Alamin Hamdan Yuwaafi Ni'Mahuu Wa Yukaafi Maziidah. Ya Rabbana Lakal Hamdu Kama Yanbaghi Li Jalaali Wajhikal Kariimi Wa Adzhiimi Sulthonik. Allahumma Sholli 'Alaa Sayyidina Muhammaddin Wa 'Alaa Sayyidina Muhammad.

Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah sempena ulangtahun kelahiran sahabatku ini, Kau Panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun2 sudah. Kurniakanlah kepadanya rezeki yang murah, banyak, berkat dan direstuimu Ya Allah. Jauhkanlah sahabatku ini dari belenggu kesusahan, kemiskinan dan kebuluran darinya dan keluarga.

Ya Allah Ya Tuhanku.. Bukakanlah kepadanya pintu kebajikan, pintu berkat,pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat. Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah.. jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarga.

Ya Allah.. tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itumudah. Permudahkanlah kehidupannya dan keluarganya. Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat. Jauhkanlah dia dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah dia dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah dia dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya.

Ya Allah hidupkanlah dia dengan keimanan dan matikan lah ia bila sampai masanya dalam keimanan. Ya Allah Kau berikanlah padanya kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu, Perbaikanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama, dunia dan akhirat. Sesunguhnya hanya engkau yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah hambaMu ini juga memohon agar Engkau sinari dirinya dengan cahaya Nur Mu dalam hatinya, telinganya, matanya, kiri kanannya, mukanya, belakangnya, atas dan bawahnya, urat sarafnya, dan pada darahnya, serta dagingnya, rambutnya dan lidahnya.. kaki tangannya dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiranNya dengan rahmatMu Ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, Ampunilah segala dosa-dosa nya dan kedua ibubapanya serta keluarganya dan semua teman-temannya dan muslimin muslimat.. kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa.

Ya Allah jadikan dia juga seorang mukmin yang soleh kepada semua yang berkaitan dengannya.

Ya Allah.. hambaMu ini mengakhiri permintaan ku ini.. dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan keindahan kepada sahabatku ini di dunia dan akhirat. Kau Jadikan dia hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu. Ampunilah segala dosanya sedar atau tidak. Jadikanlah dia sebaik-baik lelaki/perempuan iaitu lelaki/perempuan yang soleh. Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim, Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Selamat Hari Lahir Ayla Arissa.. Semoga Panjang Umur dan Murah Rezeki. Bahagia Dan Berjaya Dunia Akhirat.

21/03/2014

Usah Bosan MH370 Mungkin Esok Hari Kita

Cerita MH370 Usah Bosan! Mungkin esok hari kita pula. Misteri Kehilangan Boeing 777-200ER Malaysia Airlines merupakan Tragedi International. Malaysia selaku Ketua Operasi SAR - Misi Mencari dan Menyelamat Pesawat MH370 timbulkan banyak kekeliruan sejak hari pertama Insiden Udara ini berlaku pada 8 Mac 2014.

Usah Bosan MH370 Mungkin Esok Hari Kita

Usah Bosan #MH370 Mungkin Esok Hari Kita

Secara pribadi, aku sekadar berteka-teki dari spekulasi dan klu-klu yang tidak pasti. Siapa sangka semua ini terjadi dan tiada yang menduga Usaha Mencari MH370 memerlukan tempoh yang sungguh lama walaupun lebih 30 Negara bekerjasama.

  • Adakah memikirkan Tragedi MH370 membebankan diri?
  • Adakah mengikuti perkembangan MH370 sesuatu yang sia-sia?

Persoalan MH370 bermain di benak fikiran rupanya memiliki berat yang berbeza-beza. Nak dibiarkan saja, ia berlaku di negara sendiri. Nak difikirkan, ada masanya terlalu berat untuk difahami. Serba tak kena pula rasanya. Menulis #PrayForMH370 dan share di laman sosial pula mungkin lebih seratus kali hingga MH370 bertukar MH730. Berdoa sudah tentu saban harinya usah ditanya ia pastinya dengan linangan air mataku ini. 

Sesungguhnya Allah maha kuasa. Tragedi Kehilangan MH370 Boeing 777-200ER Malaysia Airlines telah menyedarkan Malaysia akan kekurangan sedia ada. Apa yang ditetapkan adalah sebaik-baik pentunjuk kepada umat manusia agar menginsafi diri di sebalik dugaan Allah yang mencipta alam ini

04/03/2014

Nyanyian Suara Pelat Lagu Kanak-Kanak

Nyanyian Suara Pelat Lagu Kanak-Kanak

Salam untuk awak-awak semua. Tabik dan respect jika awak tersenyum membaca entri yang tak seberapa ini. Semenjak Kakak Hayaa terpaksa berkongsi kawasan jajahan bersama Baby Hamiya, persekitaran sungguh seni sekali. Suasana yang sentiasa huru-hara. Sampai nak masak untuk Atuk dan Nenek pun susah. Adoyai...

Nyanyian Suara Pelat Lagu Kanak-Kanak

Menghalang Baby Hamiya dari makan semua benda yang ada. Tapi kini tidak lagi setelah adanya Teknik rahsia menghentikan masa. Walaupun rahsia, memandangkan ada yang menangis dan merayu teknik rahsia ini. Biarlah Hayaa citer aje semuanya. Satu teknik yang perlukan bakat semula jadi. Nyanyian Suara Pelat Lagu kanak-kanak mampu memukau siapa saja. Dulu sebelum jumpa Teknik hebat ni, memang Penat Boh!

Nyanyian Suara Pelat Lagu Kanak-Kanak

Hingga hari ini, 3 Lagu kanak-kanak di bawah ini adalah yang terbaik untuk mengawal Baby Hamiya. Kebiasaan Baby Hamiya yang terpukau dengan Teknik Nyanyian Suara Pelat Lagu Kanak-Kanak ini akan terus terpaku dan sekali sekala mendogak ke langit pula.

Nyanyian Suara Pelat Lagu Kanak-Kanak

Dua Mata

Dua mata saya Melihat dunia Dua tangan saya Mengangkat apa saja
Dua telinga saya Mendengar semua Dua kaki saya Berjalan sini sana

Saya Teko Comel

Saya teko comel Cantik dan menarik
Ini tangkai saya
Ini  muncung saya Bila rasa dahaga Datang pada saya
Angkat saya dan tuangkannya.
(sama melodi lagu I am a little teapot)

Tanya Sama Pokok

Tanya pada pokok Apa sebab goyang Nanti jawab pokok Angin yang goncang
Tanya pada langit Apa sebab hujan Nanti jawab langit Tanyalah awan
Awan nanti kata Aku kandung air Sampai tempat  sejuk Aku pun cair
Tengok dalam air Nampak bayang-bayang Campak satu batu
Bayang pun hilang

08/02/2014

Ayacuu yang Hencem Happy Birthday

This msg has No Fat. No cholesterol and No Addictive. this is all natural except, with a lot of Sugar. But it can never be as sweet as the one reading it. Ayacuu yang 'Hencem' 20 Happy Birthday.


Ayacuu 20th Birthday Faiz Fakhri

It's your 20th birthday today! Aay all your wishes come true n may each of your day filled with blessings n happiness. we love u and always. Salam dan juga doa dari Hamiya, Ibu, Baba, Atuk, Nenek, Ayayong dan Acik.


Ayla Arissa Blog
Ayla Arissa Blog
Hootoh Blog Blogger Free Ping website and RSS feed