16/07/2014

Panduan Melatih Anak Berpuasa Cara Islam

Bagaimana mengajar anak Berpuasa dalam Islam. Ayla dah mula puasa, kawan-kawan bila lagi? Info Panduan Melatih Anak Berpuasa Cara Islam di Bulan Ramadhan. Pada umur berapakah kawan-kawan semua mula berpuasa penuh?  Pastinya istilah 'Puasa Separuh Hari' dan 'Puasa Yok-yok' amat popular bagi kanak-kanak yang baru belajar berpuasa. Kepada Ibu dan bapa, Latihan berpuasa yang baik bagi anak adalah dari ibu-bapa itu sendiri. In Sya Allah

Panduan Melatih Anak Berpuasa Cara Islam

Ayat Quran Mewajibkan Puasa

Ayat Quran Mewajibkan Puasa Surah al-Baqarah Ayat 183, tuntutan berpuasa ke atas orang Islam, akil dan baligh. Sekiranya Anak Kecil itu sudah akil dan baligh maka diwajibkan Berpuasa di Bulan Ramadhan. Serta orang-orang yang dibenarkan meninggalkan puasa seperti bermusafir, sakit juga hal-hal lain yang berkaitan seperti haid dan nifas.

Apabila lihat hadith juga tidak ada yang mengaitkan Puasa Kanak-kanak secara langsung. Kalau mengajar solat, hadithnya memang jelas. Sabda Rasulullah Saw

Ajarlah anak-anakmu solat ketika umur mereka tujuh tahun dan rotan mereka (sekiranya enggan solat) pada umur 10 tahun

Perbincangan ulama tentang hadith di atas tersebut begitu panjang dan dalam. Sehingga melampaui Hukum Bunuh yang perlu dijalankan oleh pihak berkuasa bukannya individu seperti ibu atau bapa bagi seorang Islam yang Tidak Menunaikan Solat setelah diberi peluang bertaubat. Amat jelas, Solat satu perkara amat serius dan jangan sesekali menganggap solat ini perkara remeh-temeh.

Qias Mengajar Anak Berpuasa

Melatih Anak Kecil Berpuasa, dalam Ilmu Usul Fiqh ada satu cara untuk membandingkan sesuatu yang tiada hukumnya dengan sesuatu yang telah jelas hukumnya. Ia dinamakan Kaedah Qias. Kaedah ini mungkin sesuai digunakan dalam tuntutan mengajar anak berpuasa sejak awal. Seawal usia tujuh tahun dan juga merotan anak sekiranya enggan puasa pada umur sepuluh tahun. Kenapa diqias dengan ajaran solat adalah kerana darjat Tuntutan Solat 5 Waktu dan Puasa di Bulan Ramadhan berada pada tingkat fardhu yang sama.

Oleh itu, eloklah mengajar anak-anak berpuasa bermula umur tujuh tahun dengan cara ansur maju dalam amalan puasa. Tidak sempurna tidak mengapa. Paling kurang, anak-anak kecil tahu akan Tuntutan Agama yang sepatutnya dalam berpuasa. wallahu alam.

Panduan Melatih Anak Berpuasa Cara Islam
Ayla dan Nenek Umi

Ketika melatih anak-anak berpuasa, pastikan dari awal lagi ajaran berpuasa bagi kanak-kanak bukan sekadar atau terhenti setakat meninggalkan makan dan minum sahaja, malah perlu melampaui kepada perkara-perkara lain yang membatalkan puasa. Termasuklah juga mengajar adab berpuasa dan cara memperolehi puasa berkualiti dengan meninggalkan segala larangan-larangan Allah secara keseluruhannya. Seperti larangan membuka aurat, larangan berbohong dan sebagainya.

Solat 5 Waktu dan Puasa di Bulan Ramadhan

Paling penting mengajar mereka untuk solat. Kerana mengajar anak-anak berpuasa itu diambil daripada hadith mengajar anak-anak solat. Sudah tentu solat perlu lebih diutamakan kerana ia adalah asal. Jangan pula sekadar mengajar anak berpuasa tetapi abaikan ajaran solat mereka. Kerana Solat itulah Asas Ibadah dan Tiang Agama. Anak-anak yang rajin dan istiqamah solat, senang untuk berpuasa secara berkualiti. Extra: Download Lagu Raya Mp3 Audio Aidilfitri.

Semoga Entri Ajar Anak Puasa Cara Islam dapat dijadikan Panduan Ibu Bapa Melatih Anak Berpuasa di Bulan Ramadhan ini. In Sya Allah, seluruh muslimin dan muslimat semua berjaya di dalam mendidik anak-anak berpuasa dan menjadi insan yang soleh dan solehah. Sentiasalah Beramal dan berpegang teguh dengan ajaran Islam sebagai cara hidup mereka. Ilmu, iman, taqwa itulah nilai di sisi Allah. Barakah Ramadan The doors to Everything Good. Salam Ramadahan Al Mubarak dari Ayla Arissa dan Keluarga.
Ayla Arissa Blog
Ayla Arissa Blog
Hootoh Blog Blogger Free Ping website and RSS feed