Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

16/07/2014

Panduan Melatih Anak Berpuasa Cara Islam

Bagaimana mengajar anak Berpuasa dalam Islam. Ayla dah mula puasa, kawan-kawan bila lagi? Info Panduan Melatih Anak Berpuasa Cara Islam di Bulan Ramadhan. Pada umur berapakah kawan-kawan semua mula berpuasa penuh?  Pastinya istilah 'Puasa Separuh Hari' dan 'Puasa Yok-yok' amat popular bagi kanak-kanak yang baru belajar berpuasa. Kepada Ibu dan bapa, Latihan berpuasa yang baik bagi anak adalah dari ibu-bapa itu sendiri. In Sya Allah

Panduan Melatih Anak Berpuasa Cara Islam

Ayat Quran Mewajibkan Puasa

Ayat Quran Mewajibkan Puasa Surah al-Baqarah Ayat 183, tuntutan berpuasa ke atas orang Islam, akil dan baligh. Sekiranya Anak Kecil itu sudah akil dan baligh maka diwajibkan Berpuasa di Bulan Ramadhan. Serta orang-orang yang dibenarkan meninggalkan puasa seperti bermusafir, sakit juga hal-hal lain yang berkaitan seperti haid dan nifas.

Apabila lihat hadith juga tidak ada yang mengaitkan Puasa Kanak-kanak secara langsung. Kalau mengajar solat, hadithnya memang jelas. Sabda Rasulullah Saw

Ajarlah anak-anakmu solat ketika umur mereka tujuh tahun dan rotan mereka (sekiranya enggan solat) pada umur 10 tahun

Perbincangan ulama tentang hadith di atas tersebut begitu panjang dan dalam. Sehingga melampaui Hukum Bunuh yang perlu dijalankan oleh pihak berkuasa bukannya individu seperti ibu atau bapa bagi seorang Islam yang Tidak Menunaikan Solat setelah diberi peluang bertaubat. Amat jelas, Solat satu perkara amat serius dan jangan sesekali menganggap solat ini perkara remeh-temeh.

Qias Mengajar Anak Berpuasa

Melatih Anak Kecil Berpuasa, dalam Ilmu Usul Fiqh ada satu cara untuk membandingkan sesuatu yang tiada hukumnya dengan sesuatu yang telah jelas hukumnya. Ia dinamakan Kaedah Qias. Kaedah ini mungkin sesuai digunakan dalam tuntutan mengajar anak berpuasa sejak awal. Seawal usia tujuh tahun dan juga merotan anak sekiranya enggan puasa pada umur sepuluh tahun. Kenapa diqias dengan ajaran solat adalah kerana darjat Tuntutan Solat 5 Waktu dan Puasa di Bulan Ramadhan berada pada tingkat fardhu yang sama.

Oleh itu, eloklah mengajar anak-anak berpuasa bermula umur tujuh tahun dengan cara ansur maju dalam amalan puasa. Tidak sempurna tidak mengapa. Paling kurang, anak-anak kecil tahu akan Tuntutan Agama yang sepatutnya dalam berpuasa. wallahu alam.

Panduan Melatih Anak Berpuasa Cara Islam
Ayla dan Nenek Umi

Ketika melatih anak-anak berpuasa, pastikan dari awal lagi ajaran berpuasa bagi kanak-kanak bukan sekadar atau terhenti setakat meninggalkan makan dan minum sahaja, malah perlu melampaui kepada perkara-perkara lain yang membatalkan puasa. Termasuklah juga mengajar adab berpuasa dan cara memperolehi puasa berkualiti dengan meninggalkan segala larangan-larangan Allah secara keseluruhannya. Seperti larangan membuka aurat, larangan berbohong dan sebagainya.

Solat 5 Waktu dan Puasa di Bulan Ramadhan

Paling penting mengajar mereka untuk solat. Kerana mengajar anak-anak berpuasa itu diambil daripada hadith mengajar anak-anak solat. Sudah tentu solat perlu lebih diutamakan kerana ia adalah asal. Jangan pula sekadar mengajar anak berpuasa tetapi abaikan ajaran solat mereka. Kerana Solat itulah Asas Ibadah dan Tiang Agama. Anak-anak yang rajin dan istiqamah solat, senang untuk berpuasa secara berkualiti. Extra: Download Lagu Raya Mp3 Audio Aidilfitri.

Semoga Entri Ajar Anak Puasa Cara Islam dapat dijadikan Panduan Ibu Bapa Melatih Anak Berpuasa di Bulan Ramadhan ini. In Sya Allah, seluruh muslimin dan muslimat semua berjaya di dalam mendidik anak-anak berpuasa dan menjadi insan yang soleh dan solehah. Sentiasalah Beramal dan berpegang teguh dengan ajaran Islam sebagai cara hidup mereka. Ilmu, iman, taqwa itulah nilai di sisi Allah. Barakah Ramadan The doors to Everything Good. Salam Ramadahan Al Mubarak dari Ayla Arissa dan Keluarga.

21/06/2014

Panduan Membeli Cermin Mata Kanak-Kanak

Panduan Membeli Cermin Mata Kanak-Kanak

Masih Kecil tapi sudah Rabun dan Bercermin Mata. Oh! Ayla Berkaca Mata bagai ni untuk gambar cover entri Panduan Membeli Cermin Mata Kanak-Kanak ni aje. Tak rabun okey. Makan carrot mengalahkan arnab, agak-agak la nak kata rabun pun (cakap besau) Hahaha. Tapi, kenapa ramai kanak-kanak memakai cermin mata zaman sekarang. Mesti mereka Rabun, Ops! hipotesis itu tidak berapa tepat yer. Becermin mata tak semestinya rabun aje. Ini la namanya Gaya Mutu Keunggulan. Hebat sungguh Pengaruh K-Pop dan Cermin Mata. Bukan aje anak-anak yang dicermin matakan, anak kucing pun menjadi mangsanya ke'K-Pop'annya.

10 Panduan untuk Ibu Bapa Membeli dan Memilih Cermin Mata untuk Kanak-Kanak agar sesuai dan menjadikan kanak-kanak lebih berketerampilan

Membeli Cermin Mata Kanak-Kanak sekarang ini sangat mudah. Hampir setiap optemetris ada menjual cermin mata untuk kanak-kanak. Cuma Kebanyakan ibu bapa sukar untuk memilih Cermin Mata yang sesuai untuk kanak-kanak, tahan lasak dan tidak mudah rosak disebabkan perangai budak yang aktif ya amat sangat. Kalau dibelinya yang keras berbesi tak dipakainya pulak sebab takde style. Nanti tak pasal digelakkan kawan kat sekolah. Seiring Program Permata DS Rosmah Mansor, setiap anak permata negara. Ayla seakan terpanggil untuk mempermatakan lagi setiap anak-anak di Malaysia yang ada masalah rabun mata. Berikut ialah 10 Panduan untuk Ibu Bapa Membeli dan Memilih Cermin Mata untuk Kanak-Kanak agar sesuai dan menjadikan kanak-kanak lebih berketerampilan.

Pilih Bingkai Yang Kecil

Pilihlah saiz bingkai sekecil yang boleh yang sepadan dengan muka anak anda. Ini akan mengurangkan ketebalan kanta setelah cermin mata siap. Bagi kanak-kanak yang perlu preskripsi (degree) yang tinggi, masalah yang timbul adalah kanta yang tebal. Jika Bingkai yang dikenakan besar maka ketebalan kanta akan bertambah. Ini menyebabkan gangguan penglihatan pada bahagian tepi medan penglihatan (distortion) serta menambahkan ketidakselesaan akibat kanta yang berat.

Biar Anak Membuat Pilihan

Biarlah anak kita sendiri yang pilih bingkai yang mereka berkenan. Ini akan meningkatkan kemungkinan mereka akan pakai cermin mata itu selalu dan takkan rasa malu untuk berdepan dengan orang lain ketika memakai cermin mata. Tapi kalau nampak tidak semegah mana tetapi mahal sangat. Jangan la diikutkan sangat, nanti tak pasal-pasal lari bajet nak beli Tudung Fareeda.

Plastic vs Metal

Plastik lebih ringan, sukar dilentur dan tahan lasak membuatkan Bingkai plastik menjadi pilihan untuk kanak. Walaupun mcm tu. trend terbaru Bingkai metal mempunyai ciri-ciri sperti plastik dengan mencampurkan pelbagai alloy. Bingkai metal juga mempunyi kelebihan itu diadjust apabila bengkok (tidak seperti Bingkai plastic yang akan terus patah kerana tidak mudah lentur). Jika ibu bapa bercadang untuk mengambil Bingkai metal, pastikan anak-anak tidak alergic pada metal tertentu.


Pilih Bingkai Yang Terletak Betul Pada Hidung

Menjadi masalah untuk pilih Bingkai plastic kerana tiada 'nosepad' untuk menyokong bingkai kepada hidung kanak-kanak yang belum developed lagi tulang hidung mcm org dewasa. Biasenye cermin mata akan tergelongsor bila anak-anak kite memakainya, Tambah-tambah lagi dengan lens yang tebal dan berat. Dalam kes ini, Bingkai metal menjadi penyelesaian kerana terdapat 'nosepad' yang boleh diubahsuai mengikut ketinggian hidung anak-anak kita. Walaupun begitu. Jika ketahan ingin diambil kira, pilih Bingkai plastic yang mempunyai gap yang paling minimum dengan batang hidung anak kite

Pilih Bingkai Yang Betul-Betul Mencangkuk Telinga

Untuk kanak-kanak yang lasak, adalah perlu cermin mata terletak kukuh di mata mereka. Bingkai yang mengcangkuk terus dibelakang telinga memberikan keselasaan pada anak-anak untuk melakukan aktiviti yang sedikit lasak. Walaupun begitu, bagi kanak-kanak yang hanya perlu memakai cermin mata kadang-kadang, bingkai cermin mata yang lurus di hujung telinga sudah memadai. 

10 Panduan untuk Ibu Bapa Membeli dan Memilih Cermin Mata untuk Kanak-Kanak agar sesuai dan menjadikan kanak-kanak lebih berketerampilan

Memilih Bingkai yang Ada Spring

Spring penting untuk jadikan Bingkai yang dipakai lebih lasak. Pasal budak-budak ni lasak. Bukak pakai cermin mata memang tak proper. Kalau ada spring memang dapat jimat kos untuk mengganti cermin mata anak-anak.

Jangan Pilih Lens Yang Rapuh

Bila korang dan anak-anak dah masing-masing berstuju dengan pilihan Bingkai, Kanta pulak perlu diberi pertimbangan. Kanta perlulah yang punyai daya tahan impak yang tinggi. Lens terbaik  adalah lens 'polycarbonate'. Lens ini ringan, tidak mudah pecah, ada UV protection. Kalau terduduk ke ape ke takdenya pecah. Tapi bercalar tetap bercalar.

Kenalpasti Jenis Warranty

Dapatkan Bingkai dan kanta yang ada warranty. Maklumlah, kanak-kanak ni biasanye bukan dapat tahan lama cermin mata mereka. Kadang 3 bulan dah bengkok, patah dan sebagainya. Ibu bapa juga perlu mendapatkan perakuan warranty lens dari kedai jika lens yang ditempah adalah diclaim sebagai scratch-proof atau anti pecah. Ini penting untuk mengelakkan ditipu. kadang-kadang kedai-kedai claim yang lens yang mereka bagi ade macam-macam, tahan tu la, tahan ni la, tapi masa minta claim, mereka tak bagi apa-apa replacement pun.

Pertimbangkan Tentang 'Spare'

Kanak-kanak dengan prescription yang tinggi perlu lah disediakan cermin mata 'spare'. Kanak-kanak dengan degree yang tinggi pasti akan terganggu aktiviti seharian jika tanpa cermin mata. Adalah perlu juga di buat 'spare' untuk mewujudkan pasangan yang berlainan untuk aktiviti yang berlainan. Contohnya cermin mata yang lebih lasak untuk bermain dan satu lagi pasang yang agak 'cool' dan 'skema' untuk dibawak ke sekolah.

Dapatkan Satu Salinan Preskripsi Anak Anda

Minta doktor salinan preskripsi degree untuk anak korang, Ini adalah penting juga untuk korang monitor tahap kerabunan anak anda. Dapatkan maklumat lanjut tentang jenis rabun yang anak korang alami. Serta kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku ke atas mata anak anda jika tidak memakai cermin mata.Ibu bapa dapatlah gunakan modal ini untuk educate anak untuk pakai cermin mata yang dipilih itu.

Panduan Membeli Cermin Mata Kanak-Kanak

Masalah Rabun pada kanak-kanak

Rabun pada kanak-kanak perlu mendapat perhatian dari ibu bapa dan tiada kompromi. Penglihatan mata yang kurang jelas pastinya menganggu proses pembelajaran kanak-kanak di sekolah. Kementerian pelajaran juga amat menitik beratkan masalah mata di seluruh sekolah di Malaysia. Semoga Panduan Membeli Cermin Mata Kanak-Kanak ini bermanfaat kepada para ibu bapa diluar sana. Please remember this, setiap kanak-kanak PERMATA negara.

04/03/2014

Nyanyian Suara Pelat Lagu Kanak-Kanak

Nyanyian Suara Pelat Lagu Kanak-Kanak

Salam untuk awak-awak semua. Tabik dan respect jika awak tersenyum membaca entri yang tak seberapa ini. Semenjak Kakak Hayaa terpaksa berkongsi kawasan jajahan bersama Baby Hamiya, persekitaran sungguh seni sekali. Suasana yang sentiasa huru-hara. Sampai nak masak untuk Atuk dan Nenek pun susah. Adoyai...

Nyanyian Suara Pelat Lagu Kanak-Kanak

Menghalang Baby Hamiya dari makan semua benda yang ada. Tapi kini tidak lagi setelah adanya Teknik rahsia menghentikan masa. Walaupun rahsia, memandangkan ada yang menangis dan merayu teknik rahsia ini. Biarlah Hayaa citer aje semuanya. Satu teknik yang perlukan bakat semula jadi. Nyanyian Suara Pelat Lagu kanak-kanak mampu memukau siapa saja. Dulu sebelum jumpa Teknik hebat ni, memang Penat Boh!

Nyanyian Suara Pelat Lagu Kanak-Kanak

Hingga hari ini, 3 Lagu kanak-kanak di bawah ini adalah yang terbaik untuk mengawal Baby Hamiya. Kebiasaan Baby Hamiya yang terpukau dengan Teknik Nyanyian Suara Pelat Lagu Kanak-Kanak ini akan terus terpaku dan sekali sekala mendogak ke langit pula.

Nyanyian Suara Pelat Lagu Kanak-Kanak

Dua Mata

Dua mata saya Melihat dunia Dua tangan saya Mengangkat apa saja
Dua telinga saya Mendengar semua Dua kaki saya Berjalan sini sana

Saya Teko Comel

Saya teko comel Cantik dan menarik
Ini tangkai saya
Ini  muncung saya Bila rasa dahaga Datang pada saya
Angkat saya dan tuangkannya.
(sama melodi lagu I am a little teapot)

Tanya Sama Pokok

Tanya pada pokok Apa sebab goyang Nanti jawab pokok Angin yang goncang
Tanya pada langit Apa sebab hujan Nanti jawab langit Tanyalah awan
Awan nanti kata Aku kandung air Sampai tempat  sejuk Aku pun cair
Tengok dalam air Nampak bayang-bayang Campak satu batu
Bayang pun hilang

04/06/2013

Ayla Menari Bersama Anastasia

Ayla Menari Bersama Anastasia. Hai kawan-kawan semua. Apa Khabar? Semoga sihat sejahtera. Untuk Puteri Anastasia dan kawan-kawan di Russia Привет всем друзьям. Что такое новости? Не будучи в состоянии здоровья ... Sekali Bahasa Russia Hehehe! 

Animasi Anastasia. Kisah Sejarah Empire Russian


Animasi Anastasia. Kisah Sejarah Empire Russian
Aylatasia

Siapa Puteri Anastasia

Yang pasti Puteri Anastasia bukan Girlfriend Ayah Cu! Hahaha.. Anastasia ni bukan orang biasa-biasa, anak Raja Russia ni! Anastasia merupakan salah seorang Puteri dari Czar Nicholas II, Kaisar terakhir Rusia sebelum pemerintahan diraja Russia digulingkan oleh pasukan komunis. Rasanya sekarang dah xde anasir-anasir Komunis di Russia, jangan takut ya..


Kat Mana nak Beli Kamus Bahasa Russia



Kat Mana nak Beli Kamus Bahasa Russia


Baca.. Baca.. Hafal.. Hafal.. Baca.. Baca lagi. Sekarang ni kena amik tau sepatah dua Bahasa Russia. Agak-agaknya banyak tak suku kata dalam Bahasa Russia ni ya..
Читайте дальше .. Читайте дальше .. Запомните .. Запомните .. Читайте дальше .. Подробнее. Теперь я должен сказать несколько АМИК знают русский. Не совсем-Я полагаю, много слогов в России Ni Я. ..

Peta Russian Empire merangkumi 9 zon Waktu Berbeza


Russian Empire merangkumi 9 zon Waktu Berbeza

Aduyai! Besau juga Russian Empire ni rupanya.  Rusia, ialah sebuah negara yang terletak di Eurasia utara. Ia merupakan sebuah negara republik persekutuan separa berpresiden yang terdiri daripada 83 subjek persekutuan. Dari barat laut ke tenggara, Rusia bersempadan dengan Norway, Finland, Estonia, Latvia, Lithuania dan Poland (kedua-duanya dengan wilayah Kaliningrad), Belarus, Ukraine, Georgia, Azerbaijan, Kazakhstan, China, Mongolia, dan Korea Utara. Ia juga bersempadan laut dengan Jepun melalui Laut Okhotsk, dan Amerika Syarikat melalui Selat Bering. Pada keluasan 17,075,400 kilometer persegi (6,592,800 batu²), Rusia ialah negara terbesar di dunia yang meliputi hampir satu persembilan kawasan daratan di seluruh Bumi. Rusia juga negara kesembilan teramai penduduk dengan 143 juta orang. Wilayahnya menjangkau seluruh Asia utara dan 40% tanah Eropah, merangkumi 9 zon waktu serta pelbagai jenis persekitaran dan rupa bumi. Rusia memiliki rizab galian dan sumber tenaga yang terbesar di dunia. Ia juga mempunyai hutan simpan terbesar di dunia, dan tasik-tasiknya mengandungi kira-kira satu perempat air tawar sedunia. Info Wiki
 

Miss Russia!
Ini pula Miss Russia! Baru la semangat Ayah Cu Aya.. Я тебя люблю Miss Russia


12/01/2013

Wajah Ayah Su kesayanganku...

Hari ini Ulang Tahun Kelahiran 'Ayah Su' kesayangan Ayla 12/1/2013.....Happy Birthday Ayah Suuuuuuuuu............ Wah!!! Ayah Su dah berusia 19 tahun.....hebat Ayah Suuuu....Ayla sayang Ayah Su.... nanti Ayla bagi hadiah yg cantik ya......lov U ever and forever......

02/12/2012

Cuti-Cuti Malaysia...



Biasanya akhir tahun ...kami akan bercuti !!!!  tp hanya sekadar dalam Malaysia saja...Cuti-cuti Malaysia... Namun Ayla tetap happy....percutian kami bermula 29/12/2012....penginapan pertama kami adalah di sebuah Hotel berhampiran dengan KLCC .....cantik sgt !!!!....seterusnya kami pusing2 Kuala Lumpur..menemani Nenek, ibu n Ibu Fatin shopping.....biasalah org perempuan kalu gi shopping lupa dunia...berjam-jam...sampai Ayla tertidur dalam sroler merah ni.....bila terjaga ayla diberi upah ice cream..apa lagi Ayla pun terus je makan...........hingga penuh kat mulut Ayla ice cream.........seterusnya kami juga pergi ke Kajang ..rumah Datuk/Nenek saudara Ayla....(adik Datuk)...kami menginap disana 2 mlm...wahhh happynya Ayla..kerana kat rumah tu ada ramai kawan......hai Ucu Ain, Kak Long, Kak Dik n abg Haikal.....kite jumpe lg ya lain kali.... Seterusnya distinasi kami...ke bandar Klang....menginap lagi disebuah Hotel.....persinggahan untuk hantar Ayah Su ke Puncak Alam......bye..bye..Ayah Su ..study btl2 ya....jadi terbaik..cemerlang...mencapai cita-cita tu.....Ayah Su nak jadi apa????????........rahsia..... keesokan harinya shopping lg.....ke Mall... ke GM plaza.....ke IKEA KL....n macam lg.......adussss cukup letih..tp happy......hehehhe...

01/12/2012

keceriaan bermain...



06/11/2012

Ayla dgn Bag Baru.....

Hr ini Ayla dgn Ibu dan Nenek gi jalan-jalan kat bandar K.TRG....temankan nenek nak beli sesuatu untuk dapur barunya.......Dalam pusing2 kedai tu..ayla terpandang Bag Princess....apa lagi Ayla terus buat2 pegang2 bag tu...minta ibu belikan.....ibu tanya Ayla suka ke???? Ayla smile memanjang...TQ ibu.....cantik tak???? bag ni nanti Ayla nak isi baju2 Ayla untuk bercuti.......cuti-cuti Malaysia masa cuti sekolah nanti......................horeyyyy     !!!!!!! Tanda Terima kasih...Ayla berikan post yg istimewa dgn bag ni.....comel kan !!!!!


25/09/2012

Happy Birthday Ibu Fatin


25 Sept 2012.....HBDay Ibu Fatin !!!! hr ni adalah ulang tahun kelahiran Ibu Fatin ..ibu saudara Ayla... Ayla happy sungguh2...Ayla rasa macam Hari Jadi Ayla je.....Ayla yg nak belah kek ni...wahusss ...nenek kata...Jangan Ayla..nanti bila H Jadi Ayla...nenek beli kek yang besar......Ayla blh lah nyanyikan lagu...HBDay....ok....Ayla nak ucapkan 'Selamat Hari Jadi untuk Ibu Fatin'......moga kehidupan ibu fatin terus diberkati dan dirahmati Nya.......Ayla love Ibu Fatin....ever n forever.........

07/09/2012

Ayla temankan Nenek n Datuk shopping hari ini  7/9/2012.....wahhhh Ayla rasa macam nak beli semua coklat dan gula-gula kat super market ni.....Tapi nenek pujuk jgan makan gula byk2..nanti gigi Ayla rosak...Ayla nak cantik kan!!! jadi Ayla kena jaga kesihatan gigi dan kulit....Adussss apa blh buat !!!!





12/08/2012

Lagu Kegemaran Ayla | Everybody Dance Now by Baby Vuvu

Salam semua, Kali ni Baby Ayla nak cerita pasal muzik. Ehem.. Pernah dengar lagu Everybody Dance Now yang dinyanyikan oleh Baby Vuvu? Inilah Lagu kegemaran Baby Ayla, video clip lagu betul-betul awesome. Ermm! Baby Vuvu ni boleh dikatakan Idol.

Everybody Dance Now by Baby Vuvu
Baby Vuvu



Video Clip Everybody Dance Now by Baby Vuvu





Baby Vuvu Everybody Dance Now Lyrics

 

(Gonna Make You Sweat)

Everybody dance now (x2)
Give me the music (x2)
Everybody dance now (x2)
Yeah yeah yeah
Everybody dance now
Yeah yeah yeah
Everybody

Here is the dome back with the bass
The jam is live in effect and I don't waste time
Off the mic with a dope rhyme jump to the rhythm
Jump jump to the rhythm jump
And I'm here to combine beats and lyrics
To make you shake your pants take a chance
Come on and dance guys grab a girl don't wait make the twirl
It's your world and I'm just a squirrel
Trying to get a nut to move your butt to the dance floor
So you what's up hands in the air come on say yeah
Everybody over here everybody over there
The crowd is live enough as I pursure this groove
Party people in the house move

Left to right (groove) work me all night
Come on let's sweat (sweat sweat) baby
Let the music take control (control control)
Let the rhythm move you
Sweat (sweat sweat) sweat
Let the music take your soul (soul soul)
Let the rhythm move you
Everybody dance now

Da da da da da da da da da da da da
Da da da da da da da da
Da da da da da da da da da da da da (x2)
(Ooh)
REPEAT

Move) everybody dance now
Everybody dance now

Pause take a breath and go for yours on my command
Now hit the dance floor it's gonna make you sweat till you bleed
Is that dope enough indeed I paid the price to control the dice
I'm more precise to the point I'm nice
Let the music take control of your heart and soul
Unfold your body is free and behold
Dance till you can't dance till you can't dance no more
Get on the floor and get ablow
Then come back and upside down easy now
Let me see you move left to right groove
Work me all night

The music is my life
Everybody dance now (x3)
Everybody

Come on let's sweat (sweat sweat) baby
Let the music take control (control control)
Let the rhythm move you
Sweat (sweat sweat) sweat
Let the music take your soul (soul soul)
Let the rhythm move you

Da da da da da da da da da da (x2)

* Ayah Long Ayla kata "Lagu Boleh Merakam memori" 

06/07/2012

Dalam keindahan bunga-bunga di Cameron Highland




cuti sekolah Mac 2012...ayla cuti-cuti dgn family juga....best dpt rasakan kedinginan udara yg sejuk n nyaman...ayla happy sgt..dpt lari-lari dalam taman bunga yg cantek....ada rama-rama  n memetik strawberi...    semua ni akan jadi memori yg indah dlm hidup ayla......

03/06/2012

Ayah Su Faiz | UITM Puncak Alam

 Ayah Su Faiz! Ayla pinjam kolam ni yer

Ayah Su Ayla bercuti bersama girlfriendnya yang bernama akak Asasi Sains. Hamboi...
Hehehehe! Semoga sihat selalu di Puncak Alam, ada gimnasium kat sana kan!

Hari tu terlupa nak bilang anak tangga, harap Ayah Su tolong bilangkan untuk Ayla..


Will update more soon

30/05/2012

Ibu Atin Temuduga | Kuala Lumpur

Ibu Atin Temuduga, Ayla ke Kuala Lumpur. Tak banyak aktiviti, Ayla habiskan masa melayan demam selsema sahaja. Sekian Terima Kasih

10/04/2012

Ayla Spiky Hair Trend: Mohawk


History of the Mohawk

The history of the Mohawk goes back centuries and to different tribal cultures, but in the most recent decades, this way of expressing yourself has been looked down upon by many. The cult punk era of the nineteen seventies and eighties in Great Britain saw hundreds of youths parading the street with crests on their heads, multicolored spikes and even safety pins through their noses.


Saya tidak dipegaruhi Mohawk style, rambut saya semula jadi. Tidak pernah menggunakan gel or rubber. Walaupun meminati David Beckham, saya masih bersama budaya timur ~ Ayla Arissa

01/04/2012

Happy Birthday Ayla Arissa : First Birthday



20/03/2012

SPM Ayah Cu Faiz

Tahniah! Bow to Ayah Cu Faiz! Resultnya apa? Urm.. Tanya tuan punya diri la


Rini Irliana: Gud luck faiz.. Mge dpt result yg membanggakn umi n dedi.. Amin..
March 20 at 10:39pm
near Pengadang Baru

Muhammad Azri Mohd Azmi, Muhammad Azrul, Zalfa Zenia and 3 others like this.



faiz,farah dan asep dapat berape?
March 21 at 3:03pm near Kuala Terengganu
You and Muhammad Azri Mohd Azmi like this.
Ayla Arissa Blog
Ayla Arissa Blog
Hootoh Blog Blogger Free Ping website and RSS feed